Jogho

Jogho
Poster filem Jogho.
PengarahU-Wei Hj Saari
PenulisS. Othman Kelantan
Lakon layarU-Wei Hj Saari
Dihasilkan olehU-Wei Hj Saari
Dibintangi
  • Khalid Salleh
  • Normah Damanhuri
  • Adlin Aman Ramlie
Muzik olehEmbie C. Noer
Syarikat
penerbitan
Gambar Tanah Licin
Tarikh tayangan
  • 28 Mac 1999 (1999-03-28)
(seluruh negara kecuali Perlis, Melaka, Terengganu, Sabah dan Sarawak
30 September 1999 (Kuala Lumpur)
NegaraMalaysia
Bahasa
  • Melayu
  • Kelantan
  • Thai
BajetRM 1.2 juta

Jogho ialah sebuah filem masyarakat arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 28 Mac 1999. Filem yang dibintangi Khalid Salleh dan Normah Damanhuri ini meraih lima anugerah Festival Filem Malaysia ke-14 termasuk Filem Terbaik, walaupun belum ditayangkan kepada umum di beberapa buah negeri dan lewat tayangan di Kuala Lumpur.

Sinopsis

Mamat ialah penduduk asli Kelantan, Malaysia, tapi dia telah meninggalkan Malaysia bertahun-tahun dahulu untuk bersama dengan saudaranya, Lazim di Pattani, Selatan Thailand. Mamat tinggal bersama isterinya Minah dan tiga anak perempuannya. Dia juga telah menghantar satu-satunya anak lelakinya, Jusoh ke sekolah berasrama di Kelantan. Mamat menyara hidupnya berkeluarga sebagai pelatih pertempuran lembu jantan (Jogho) di sebuah desa kecil yang sebahagian besar bergantung pada memenangi wang daripada bertaruh dalam perlagaan tersebut tanpa memikirkan perihal harian keluarga.

Cerita bermula ketika Lazim dan lembu jantan bernama Celik dibunuh oleh Isa di arena pertempuran lembu. Peristiwa ini menyebabkan Mamat bersama anak-anak Lazim, Sani dan Salim ingin menebus hutang darah mengikut tradisi. Mamat pergi ke Kelantan untuk meminta bantuan temannya Jaafar untuk menemui dan membunuh para pelaku, namun tiada berita setelah sekian lama. Pada waktu yang sama, Mamat dirobek oleh lembu barunya, Ara dan terlantar dalam kesakitan selama beberapa hari.

Dalam tempoh ini, Sani bersama Salim dan Jali (seorang anak buah Mamat) telah pergi ke bandar dan berjaya mengesan dan membunuh orang kanan Isa, Dollah Munduk serta juga anak Isa. Setelah pembunuhan, mereka disuruh untuk bersembunyi manakala Mamat diberkas oleh polis Thailand atas pengesyakan melakukan jenayah itu. Hal ini meninggalkan Minah bersendirian untuk menguruskan tidak hanya urusan desa, tetapi juga untuk merawat lembu jantan.

Dari penjara, Mamat memohon dengan isterinya untuk membayar jaminan agar dia dapat melawan menggunakan Ara. Dia akhirnya dibebaskan pada pagi pertarungan. Sebelum bermulanya perlagaan itu, Isa muncul untuk membalas kematian anaknya. Isa menembak Mamat di bahunya tetapi Mamat berjaya merampas pistol daripada Isa dan menjatuhkannya ke tanah. Mamat enggan membunuh Isa kerana dia tidak mahu lagi Melayu Pattani memusnahkan diri. Namun, Sani berjaya meraih pistol dan terus membunuh Isa sebagai gantinya.

Polis tiba dan Mamat menyerahkan diri kepada mereka, lantas mengambil tanggungjawab atas pembunuhan. Dia memberi pesanan terakhir agar memastikan Melayu Pattani tidak akan pupus dari dunia.

Pelakon

Khalid Salleh sebagai Mamat

Sambutan

Kutipan pawagam

Untuk kutipan filem ini, ia dilihat gagal dari segi pecah panggung tetapi boleh bayar balik modal filem tersebut.

Ulasan

Keseluruhan

Filem ini begitu bermutu dari segi penghasilan. Walaupun gagal dari segi kutipan filem, tetapi filem ini menang dari segi kualiti. Filem ini dilihat sebagai filem Malaysia yang banyak memaparkan kritikan sosial terhadap masyarakat. Sebagai pengarah, U-Wei telah melakukan sesuatu yang terbaik dalam penghasilan sesebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel tahun 1976 yang berjudul ‘Juara’ ditulis oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.

Lakonan

Kredibiliti pelakon dan pengiat teater tanah air, Khalid Salleh tidak boleh dipertikaikan. Beliau memberi lakonan yang mantap dan dapat menjiwai watak seorang pelaga lembu yang tegar dengan begitu baik dan sempurna. Watak yang dibawa oleh Normah Damanhuri begitu baik sebagai isteri kepada pelaga lembu. Beliau telah dapat menjiwai watak tersebut dengan baik sekali. Pujian harus diberikan oleh seluruh pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Begitu juga dengan lakonan sokongan oleh pelakon muda seperti Adlin Aman Ramlie, Aliza Rafar, Juhara Ayob, Sabri Yunus dan Ijoy Azhari. Filem ini merupakan antara beberapa filem yang pernah dicalonkan dalam kesemua kategori lakonan utama di Festival Filem Malaysia.

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-14 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Menang
Pengarah Terbaik U-Wei Hj Saari Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Khalid Salleh Menang
Lakon Layar Terbaik U-Wei Hj Saari Menang
Poster Terbaik Menang
Penataan Seni Terbaik Fadzil Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Normah Damanhuri Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Adlin Aman Ramlie Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Aliza Rafar Tercalon
Anugerah Skrin 1999 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Menang
Pengarah Terbaik U-Wei Hj Saari Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Khalid Salleh Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Normah Damanhuri Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Sabri Yunus Tercalon
Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998 (Taipei) Pelakon Lelaki Terbaik Khalid Salleh Menang

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem Terbaik (Festival Filem Malaysia)
1980-an

Tiada Esok Bagimu (1980) · Dia Ibuku (1981) · Bukit Kepong (1982) · Ranjau Sepanjang Jalan (1983) · Matinya Seorang Patriot (1984) · Tsu Feh Sofiah (1986) · Rahsia (1987) · Tiada pencalonan (1989)

1990-an

Hati Bukan Kristal (1991) · Bintang Malam & Selubung (1992) · Perempuan, Isteri dan... (1994) · Sayang Salmah (1995) · Layar Lara (1997) · Jogho (1999)

2000-an

Leftenan Adnan (2001) · KL Menjerit (2002) · Paloh (2003) · Sepet (2005) · Gubra (2006) · Cinta (2007) · Kala Malam Bulan Mengambang (2008) · Papadom (2009)

2010-an

Magika (2010) · Hikayat Merong Mahawangsa (2011) · Bunohan (2013) · KIL (2014) · Lelaki Harapan Dunia (2015) · Jagat (2016) · Adiwiraku (2017) · One Two Jaga (2019)

2020-an

Roh (2021) · Split Gravy on Rice (2022) ·