Rumelihisarı

Rumelihisarı dilihat daripada arah selat Bosphorus.

Rumelihisarı (juga dikenali sebagai Istana kota Rumelian dan Istana kota Roumeli Hissar[1]) atau Istana kota Boğazkesen (literalnya bermaksud "Istana kota Pemotong-Selat") adalah sebuah kubu kota yang terletak di daerah Sarıyer di Istanbul, Turki, di sebuah bukit, selat Bosphorus di sebelah benua Eropah. Namanya juga digunakan bagi merujuk kuarter kediaman yang terdapat di sekelilingnya. Ia telah dibina oleh Sultan Uthmaniyyah, Mehmed II antara tahun 1451 hingga 1452, sebelumnya pasukan tentera beliau berjaya menakluk Constantinople.[1] Terdapat tiga buah menara besar yang dinamakan bersempena dengan nama-nama wazir Mehmed II: Sadrazam Çandarlı Halil Pasha, yang membina sebuah menara besar bersebelahan pintu; Zağanos Pasha, yang membina menara selatan dan Sarıca Pasha, yang membina menara utara.

Pembinaan

Rumelihisarı dilihat daripada selat Bosphorus.

Senibina

Pelan
Pandangan umum daripada Rumelihisarı, berlatarbelakangkan Jambatan Fatih Sultan Mehmet.

Kegunaan di masa lepas

Menara Halil Pasha, Rumelihisarı.

Satu batalion seramai 400 orang tentera Janissari telah ditempatkan di kubu ini, dan sejumlah besar meriam telah diletakkan di dalam Menara Halil Pasha, sebuah menara utama di tebing. Selepas menyiapkan kubu ini, Mehmed mengenakan levi tol kepada kapal-kapal yang melalui selat ini yang berada dalam lingkungan tembakan meriam mereka. Sebuah kapal Venice mengabaikan isyarat untuk berhenti telah karam terkena sebuah tembakan meriam dan kesemua kelasi yang terselamat telah dipancung,[2] kecuali kaptennya, yang mana telah disula dan dijadikan orang-orangan bagi memberi amaran kepada para pelayar lain di selat ini.[3] Meriam-meriam ini kemudian digunakan sehingga separuh kedua kurun ke-19 untuk menyambut sultan apabila beliau menyeberangi laut.

Selepas kejatuhan Constantinople, kubu ini digunakan sebagai tempat pemeriksaan kastam. Rumelihisarı, yang mana digunakan untuk mengawal lalulintas kapal yang melalui selat, akhirnya hilang kepentingan strategiknya apabila kubu kedua dibina jauh di hadapan Bosphorus, di mana selat bertemu dengan Laut Hitam. Pada kurun ke-17, ia diguanakan sebagai penjara, untuk memenjarakan tahanan perang warga asing. Sebahagian Rumelihisarı musnah dalam satu gempa bumi pada tahun 1509, tetapi kemudian dibaiki. Pada tahun 1746, satu kebakaran memusnahkan kesemua bahagian berkayu di dua buah menara utama. Kubu ini kemudian dibaiki oleh Sultan Selim III (1761–1807). Bagaimanapun, sebuah kejiranan kediaman baharu telah dibina di dalam kubu selepas ini ditinggalkan pada kurun ke-19.

Kini

Pada tahun 1953, atas perintah Presiden Celal Bayar, penduduk di dalam kubu dipindahkan dan kerja-kerja ekstensif pemuliharaan mula dilakukan pada 16 Mei 1955, yang mana berlanjutan sehingga 29 Mei 1958. Sejak tahun 1960, Rumelihisarı telah dijadikan sebagai sebuah muzium dan panggung terbuka untuk pelbagai konsert perayaan dalam bulan-bulan semasa musim panas.

Jambatan Fatih Sultan Mehmet yang merentangi selat Bosporus terletak berdekatan dengan kubu ini di arah utara.

Rumelihisarı dibuka untuk orang awam pada setiap hari kecuali Rabu bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 04:30 petang.

Kubu ini digunakan dalam pelbagai not matawang Turki antara tahun 1939-1986.[4]

Lihat juga

  • Anadoluhisarı
  • Kejatuhan Constantinople
  • Bosphorus

Rujukan

  1. ^ a b "Bosphorus (i.e. Bosporus), View from Kuleli, Constantinople, Turkey". World Digital Library. 1890–1900. Dicapai pada 2013-10-20.
  2. ^ Silburn, P. A. B. (1912).
  3. ^ http://www.bbc.co.uk/programmes/b03l2shc
  4. ^ The fortress was depicted in the following Turkish banknotes:
    • On the reverse of the 1 lira banknote of 1942-1947 (2. Emission Group - One Turkish Lira - I. Series).
    • On the reverse of the 500 lira banknotes of 1939-1946 (2. Emission Group - Five Hundred Turkish Lira - I. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine & II. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine).
    • On the reverse of the 100 lira banknote of 1947-1952 (4. Emission Group - One Hundred Turkish Lira - I. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine).
    • On the reverse of the 1000 lira banknote of 1953-1979 (5. Emission Group - One Thousand Turkish Lira - I. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine).
    • On the reverse of the 1000 lira banknotes of 1978-1986 (6. Emission Group - One Thousand Turkish Lira - I. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine, II. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine & III. Series Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine).
    Central Bank of the Republic of Turkey. Banknote Museum. – Links retrieved on 20 April 2009.
  • Freely, John (2000). Blue Guide Istanbul. W. W. Norton & Company. ISBN 0-393-32014-6.
  • Silburn, P. A. B. (1912). The evolution of sea-power. London: Longmans, Green and Co.

Pautan luar

  • Archnet Diarkibkan 2006-02-12 di Wayback Machine
  • Over 80 pictures of the fortress
  • l
  • b
  • s
Turki Istana kota di Turki
  • Istana kota Afyonkarahisar
  • Istana kota Alanya
  • Istana kota Alara
  • Istana kota Amasya
  • Anadoluhisarı
  • Istana kota Anavarza
  • Istana kota Ankara
  • Istana kota Ayas
  • Istana kota Bagras
  • Istana kota Birecik
  • Istana kota Bodrum
  • Istana kota Bodrumkale
  • Istana kota Bolaman
  • Istana kota Boyabat
  • Istana kota Bozcaada
  • Istana kota Cemilli
  • Istana kota Çandır
  • Istana kota Çeşme
  • Istana kota Dağlı
  • Kota kubu Diyarbakır
  • Istana kota Gaziantep
  • Istana kota Gözne
  • Istana kota Hebilli
  • Istana kota Hemite
  • Istana kota Hisarın
  • Istana kota Hoşap
  • Kadifekale
  • Istana kota Kahramanmaraş
  • Istana kota Kaleköy
  • Kalepark
  • Istana kota Karaman
  • Istana kota Kars
  • Istana kota Kastamonu
  • Istana kota Kayseri
  • Istana kota Kevgürk
  • Kızkalesi
  • Kızlar Kalesi
  • Kol Kalesi
  • Istana kota Koz
  • Istana kota Kozan
  • Istana kota Mamure
  • Istana kota Mancınık
  • Istana kota Marmaris
  • Istana kota Meydan
  • Istana kota Meydancık
  • Istana kota Mut
  • Namrun
  • Istana kota Pertek
  • Istana kota Riva
  • Istana kota Rize
  • Rumelihisari
  • Rumkale
  • Istana kota Samsun
  • Istana kota Savaşır
  • Servantikar
  • Istana kota Silifke
  • Istana kota Sinap
  • Istana kota Softa
  • Istana kota Şanlıurfa
  • Istana kota Şeytan
  • Istana kota Şile
  • Istana kota Tece
  • Istana kota Tokat
  • Istana kota Tokmar
  • Toprakkale
  • Istana kota Trabzon
  • Trapessac
  • Istana kota Yaka
  • Istana kota Van
  • Istana kota Yelbiz
  • Istana kota Yeniyurt
  • Yılankale
  • Istana kota Yoros
  • Zilkale
  • l
  • b
  • s
Muzium arkeologi dan sejarah
  • Muzium Arkeologi Istanbul
  • Muzium Mozek Istana Besar
Istana kota
  • Anadoluhisarı
  • Rumelihisarı
  • Istana kubu Yedikule
Muzium budaya dan seni
  • Muzium Doğançay
  • Muzium seni Kontemporari Istanbul
  • İstanbul Moden
  • Muzium Pera
  • Muzium Rezan Has
  • SantralIstanbul
  • Muzium Sakıp Sabancı
  • Muzium Kesenian Islam dan Turki
  • Muzium Sadberk Hanım
  • Muzium Seni Kontemporari Proje4L / Elgiz
  • Muzium Seni Kaligrafi Turki
Muzium rumah bersejarah
  • Muzium Adam Mickiewicz, Istanbul
  • Muzium Aşiyan
  • Muzium Atatürk
  • Florya Atatürk Marine Mansion
  • Muzium Rumah İsmet İnönü
  • Muzium Dimitrie Cantemir
Muzium kesusasteraan
  • Ahmet Hamdi Tanpınar Literature Museum Library
  • Muzium Hüseyin Rahmi Gürpınar
  • Muzium Kesusasteraan Orhan Kemal
  • Muzium Sait Faik Abasıyanık
Muzium ketenteraan
  • Muzium Penerbangan
  • Muzium Ketenteraan
  • Muzium Laut
Istana
  • Istana Aynalıkavak
  • Istana Beylerbeyi
  • Istana Dolmabahçe
  • Istana Ihlamur
  • Istana Küçüksu
  • Istana Maslak
  • Tiled Kiosk
  • Istana Topkapı
  • Istana Yıldız
Muzium keagamaan
  • Gereja Chora
  • Hagia Sophia
  • Muzium Yahudi Turki
  • Gereja Pammakaristos
Muzium sains dan teknologi
  • Muzium sejarah Sains dan Teknologi dalam Islam Istanbul
  • Muzium Gempabumi Kandilli
  • Muzium Rahmi M. Koç
  • Muzium Tenaga SantralIstanbul
  • Muzium Pos
  • Muzium Keretapi
  • Muzium Zoologi Istanbul
  • Pusat Sains ITU
  • Muzium Sejarah Alam Sekitar İhsan Ketin
Lain-lain
  • The Museum of Innocence
  • Muzium Hospital Psikiatrik Bakırköy
  • Muzium Fenerbahçe
  • Muzium Galatasaray
  • Muzium Mainan İstanbul
  • Muzium UFO Istanbul
  • Muzium İşbank
  • Muzium Gastronomi MSA
  • Muzium Barangan Bercahaya dan Pemanasan
  • Muzium Kepulauan Princes
  • Muzium Media Cetak TGC
  • Muzium wanita İstanbul

Koordinat: 41°05′05″N 29°03′22″E / 41.08472°N 29.05611°E / 41.08472; 29.05611