Topi kelasi

Topi kelasi Tentera Laut Rusia.

Topi kelasi ialah berbentuk bulat, tanpa visor rata yang dipakai oleh para kelasi di kebanyakan tentera laut dunia. Tally topi, iaitu reben sutera hitam bertulis, diikat sekeliling gegelung topi yang biasanya membawa nama kapal atau tentera laut. Banyak tentera laut (cth Jerman) mengikat tally di bahagian belakang topi dan membiarkan dua hujung tergantung ke bahu sebagai pita dekoratif. Dalam Royal Navy tally diikat pada bahagian reben di atas telinga kiri dan pada awal abad ke-20 ia menjadi kebiasaan apabila pergi ke pantai untuk mengikat syiling kecil pada bahagian reben bagi menonjolkannya. Pada masa perang, sebagai langkah keselamatan, banyak tentera laut menggantikan nama kapal dengan gelaran generik (cth "HMS" = "His/Her Majesty's Ship" dalam Royal Navy atau "Tentera Laut Afrika Selatan"). Topi itu boleh dihiasi dengan lencana, cockade atau aksesori yang lain. Topi tanpa visor jenis ini mula dipakai pada pertengahan abad ke-19.

Jenis topi kelasi yang lebih lebar, crown yang leper juga dikenali sebagai topi square rig (ini merujuk kepada jenis pakaian pelayar) atau pork pie (jangan dikelirukan dengan pork pie hat yang berbirai). Selepas Perang Dunia II sebahagian besar tentera laut memakai penutup putih yang boleh tanggal menggantikan topi biru tua bagi kegunaan dalam iklim tropika atau musim panas sahaja. Ia telah dikekalkan tetapi kerana topi itu kini menjadi item formal atau istiadat maka penutup putih dipakai sepanjang masa. Versi topi kelasi Tentera Laut Jerman mempunyai bahagian hadapan ternaik berbeza dengan bahagian atas leper yang digemari oleh Royal Navy.[1]

Imej

  • Topi "square rig" atau "pork pie" China
    Topi "square rig" atau "pork pie" China
  • Topi Tentera Laut Diraja Norway
    Topi Tentera Laut Diraja Norway
  • Bonnet "Bachi" Tentera Laut Nasional Perancis, pompom merah
    Bonnet "Bachi" Tentera Laut Nasional Perancis, pompom merah
  • Bonnet "Bachi" Tentera Laut Nasional Senegal, pompom hijau
    Bonnet "Bachi" Tentera Laut Nasional Senegal, pompom hijau
  • Topi pelaut Perkhidmatan Laut Ireland, pompom biru
    Topi pelaut Perkhidmatan Laut Ireland, pompom biru
  • Topi Tentera Laut Poland
    Topi Tentera Laut Poland
  • Topi "dixie cup" Amerika Syarikat
    Topi "dixie cup" Amerika Syarikat
  • Kelasi Poland memakai "dixie cups"
    Kelasi Poland memakai "dixie cups"
  • Kelasi Australia pada 1940 memakai topi pelaut paten British
    Kelasi Australia pada 1940 memakai topi pelaut paten British
  • Kelasi Tentera Laut Diraja Thai memakai topi kelasi
    Kelasi Tentera Laut Diraja Thai memakai topi kelasi
  • Kelasi Royal Navy memakai topi pelaut British
    Kelasi Royal Navy memakai topi pelaut British
  • Kelasi Tentera Laut Diraja Kanada semasa Perang Dunia II, menunjukkan topi biru paten British
    Kelasi Tentera Laut Diraja Kanada semasa Perang Dunia II, menunjukkan topi biru paten British
  • Kelasi Tentera Laut Diraja Kanada semasa Perang Dunia II, dengan topi putih, dipakai pada musim panas atau dalam iklim tropika
    Kelasi Tentera Laut Diraja Kanada semasa Perang Dunia II, dengan topi putih, dipakai pada musim panas atau dalam iklim tropika

Lihat juga

  • Sut kelasi
  • Topi pork pie

Rujukan

  1. ^ Knotel, Richard (1980). Uniforms of the World. A Compendium of Army, Navy, and Air Force Uniforms 1700-1937. m/s. 444. ISBN 0-684-16304-7.